Assalamualaikum
semua.
Wahh! Almost 3 years tak menaip
dalam blog. Last post bulan Mei 2011. Lepas tu langsung takde mood nak menaip.
Kalau tak masa zaman study dulu pantang ada waktu free update blog je keje,
belajar ntah ke mana. Bila tgk2 balik post2 lama, adoii tergelak sorang2 baca.
Dengan cara tulis ntah hape2, ayat tak sedap langsung, malu pon ade baca blog
sendiri. Tapi itulah kenangan zaman kegemilangan study dulu. Memang ada niat nak
remove je blog ni tapi sayang sbb banyak kenangan bersama kawan2, kenangan masa
belajar, so ambil keputusan buang je mana2 post yang tak patut dan kita
upgrade je blog ni. Lagipon memang minat berblogging ni dari dulu and suka baca
blog2 orang. Yang da lepas tu biarkan ia berlalu dan jadikan ia sbg pengajaran,
so kalau korang terbaca post2 lama tu abaikan je la. Itu zaman ketidakmatangan
saya. Sekarang InshaAllah saya akan cuba menjadi lebih matang dalam bab-bab
penulisan ni.
Start berblogging ni tahun 2009 bila tengok kawan-kawan semua ada blog.
Timbul rasa ingin cuba untuk ada blog sendiri. So kalau korang baca post yang
bertajuk "my first post" tu, kat situ saya ada introduce sikit2 tentang diri
saya. Tapi sila abaikan tulisan yang macam kebudak-budakan itu. Masa tu baru
masuk U tapi tahap kematangan tak macam dah masuk U pon. haha.
Dulu-dulu selalu tulis pasal zaman study, cintan cintun, jiwang2, putus
cinta, frust menonggeng, dan mcm2 lagi. Tapi sekarang InshaAllah akan lebih post
kepada kehidupan bekerjaya, berkeluarga, post2 nasihat untuk dijadikan iktibar
dan tauladan bersama. Alhamdulillah sejak berkahwin macam2 perkara saya belajar
dan sedikit demi sedikit mematangkan saya untuk menjalani kehidupan
berkeluarga. Bersyukur ditemukan dengan seorang suami yang banyak membimbing saya ke jalan yang diredhai Allah SWT, suami yang banyak bersabar dengan kerenah dan ragam seorang isteri, suami yang sangat2 rajin membantu saya dan keluarga, dan yang paling penting sentiasa bersama saya susah dan senang. Syukur Alhamdulillah..
Suami saya dunia akhirat
No comments:
Post a Comment