My Followers...

Saturday, February 27, 2010

azab syafia,,,






JENAZAH Syafia Humairah dibawa untuk dikebumikan di
Tanah Perkuburan Islam Batu 17 Kuang, Kuala Kubu Bharu, semalam.


Pendarahan otak; Cedera parah di perut, ginjal; Luka, lebam seluruh badan

KUALA LUMPUR: Bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang mati dipercayai didera teman lelaki ibunya kelmarin, mendapati berlaku pendarahan otak, kecederaan parah di perut dan sekeliling buah pinggang akibat hentakan kuat di kepala dan abdomen mangsa.

Selain itu, bedah siasat terhadap Syafia Humairah Sahari di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), Hulu Selangor yang mengambil masa kira-kira tiga jam mulai 10.30 pagi, juga menemui kesan luka dan lebam seluruh badan, selain kesan penderaan lampau.


Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Bakhtiar Rashid, berkata polis akan memanggil beberapa individu yang rapat dengan suspek, termasuk ibu mangsa bagi membantu siasatan.

"Polis percaya mereka mempunyai hubung kait atau tahu mengenai penderaan berulang yang dipercayai dilakukan suspek, seorang pemandu teksi berusia 28 tahun itu.

"Kita juga akan memanggil beberapa saksi yang mendakwa melihat suspek menendang kanak-kanak itu di padang berdekatan rumahnya pada hari berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Bakhtiar berkata, bedah siasat yang mendapati kesan kecederaan lama akibat penderaan lampau, termasuk yang dikesan beberapa hari sebelum kematiannya menunjukkan mangsa didera secara berterusan.

"Kecederaan luaran yang baru dan lama itu dipercayai disebabkan pukulan dengan benda keras dan kesan hentakan kuat. Bahagian belakang tubuh mangsa juga ada kesan lebam selain leher, pipi dan bahunya," katanya.

Semalam, akhbar melaporkan, Syafia Humairah mati dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai didera teman lelaki ibunya di kediaman suspek di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, malam Khamis lalu.

Mangsa dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain luka di muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan.

Syafia Humairah dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke HKKB ketika dibawa suspek dan ditinggalkan di wad kecemasan selepas mendakwa kanak-kanak itu mati akibat kemalangan jalan raya.

Bagaimanapun, pihak hospital mengesyaki berlaku penderaan terhadap mangsa selepas menemui banyak kesan luka dan lebam pada tubuh kanak-kanak itu dan polis menahan lelaki terbabit kira-kira jam 3 pagi kelmarin yang mengaku mencederakan Syafia Humairah.

Bakhtiar berkata, ujian air kencing terhadap suspek mendapati lelaki itu positif dadah jenis ganja.

"Suspek kini ditahan reman tujuh hari mulai semalam (kelmarin) dan kita akan memohon untuk melanjutkan tempoh tahanan reman sehingga 14 hari. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Jenazah kanak-kanak malang itu dituntut oleh keluarga ibunya di HKKB sebaik selesai bedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, kira-kira jam 4 petang.

Terdahulu, suasana di pekarangan bilik mayat HKKB kecoh seketika apabila keluarga teman lelaki ibu mangsa turut datang menziarah jenazah kanak-kanak itu dan dikatakan mahu menuntut jenazah mangsa sebelum keadaan kembali reda beberapa minit selepas itu.


_______________________________________________________

sy xpercy ade jgk laki jen cm2 dlm dunia nie,,

laki yg perangainyer lbih trok drpd binatang,

kalo binatng bole dimaafkan lg sbb mereka tdk mmpunyai akal fikiran,,

mereka tdk tahu ape yg mereka lakukan,,

samada btol atau salah perbuatan i2,,

ttpe manusia ini,,,

manusia yg mmpunyai akal utk berfikir ini,,,

yg mengetahui btol atau slhnyer sesuatu perkara,,

snggup melakukan perbuatan kejam terhadap

seorunk bdk kck yg tdk mengenal erti ape2,,

bdk berumur tiga thun yg bru belajar mengenal kehidupan,,

bdk comel yg br mahu menikmati dunia ini,,,

apekah salah bdk yg bernama Syafia Humairah Sahari ini,,

seorunk budak yg mmpunyai hati mulia

krna tdk menceritakan ape yg berlaku ke atas drnya,,

perbuatan lelaki tersebut,,

yg telah mendera Syafia sehingga arwah menghembuskan nafas terakhir,,

mmg xbole dimaafkan,,

rsakanlah azab Allah di hari akhirat nnti,,

Allah akan mmbalas segala perbuatan manusia yg kejam spt kamu,,,

insaflah wahai teman2,,

hdup di dunia ini adalah sementara,,

Allah lebih sygkan Syafia Humairah Sahari,,

Al-fatihah,,

semoga roh arwah dicucuri rahmat,,

takziah diucapkan kepada keluarga mangsa,,,


2 comments:

farah@pa'in said...

hmm al-fatihah..
manusia sekarang makin kEjam
makin maju dunia ni,makin gelap hati diOwang..
mintak dijauhkan daripada bala sedemikian...
cian arwah..masih keciL baru nk tgk n kenal dunie tapi xdiberi kesempatan oleh lelaki yg layak digelar jantan xberperikemanusiaan!!
same2 kite doakan rOh arwah kanak2 kecil ni dicucuri rahmat..amin~~~~~~

farihah@air-ah said...

btol 2 lalink,,
mereka seakan akan tdk mmpunyai akal utk berfikir,,
rse marah sgt ngan laki 2,,
kte pown bole rse sedih ngan berita 2,,,
apetah lg keluarga mangsa,,
mnx dijauhkan la,,
ye syg,,
semoga roh arwah dicucuri rahmat,,
amiinn,,,