My Followers...

Wednesday, August 6, 2014

Resepi Roti Jala dan Kuah Kari



Assalamualaikum semua.

Kali ni nak share resepi roti jali dan kuah kari yang simple je sebenarnya. Yang penting ada acuan untuk menjala.

Bahan-bahan roti jala:

3 cawang tepung gandum
1 biji telur
1 sudu besar minyak masak
serbuk kunyit
garam secukup rasa
Air 3 cawan (bergantung kepada kepekatan tepung)

Cara-cara:

Blend je kesemua bahan tadi. Kalau terlalu pekat tambah air kalau terlalu cair tambah tepung. Senang kan. Lepas tu sediakan kuali leper sapu2 sikit minyak dan mula menjala. Lepas tu gulung ikut kreativiti masing2.


Bahan-bahan kuah kari:

Ayam (potong kecik2)
Kentang ( 3 biji dipotong dadu)
Serbuk kari ayam (1 paket kecil)
Serbuk kari ikan (1 paket kecil)
Bawang ros (4 biji)
Bawang putih (2 ulas)
Halia (1/2 inci)
Santan (1/2 kilo)
Air
Garam secukup rasa
Gula sedikit

Cara-cara

1. Tumis sehingga garing bawang putih diikuti bawang ros dan halia.
2. Serbuk kari ayam dan serbuk kari ikan dicampur dan masukkan air. Kacau sehingga sebati dan masukkan ke dalam kuali. 
3. Masukkan ayam. dan kacau ksemua bahan-bahan tadi. Tunggu sehingga ayam masak.
4. Masukkan air dan biarkan sehingga mndidih.
5. Masukkan santan. Kalau terlalu pekat tambah air.
6. Masukkan kentang, garam secukup rasa dan sedikit gula dan tunggu sehingga kentang empuk

Boleh dihidangkan untuk santapan petang bersama family. Selamat mencuba.

Roti Jala yang siap dihidang untuk para tetamu.




Raya 2014 yang sangat bermakna.



Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah raya tahun ni sangat bermakna dengan kehadiran suami di sisi. Lagi bermakna bila beraya bersama keluarga di Kuantan. Kalau ada keluarga mertua lagi bertambah meriah, bertambah bermakna raya.

Raya pertama selesai menunaikan solat raya, isi perut dengan juadah2 istimewa yang dimasak oleh emak. Antara menu di pagi raya ialah rendang ayam kampung (favourite suami), ketupat palas lemak, kuah kacang, nasi impit dan nasi minyak. Berbeza sikit dengan menu tahun lepas. Kalau tahun lepas raya pertama menu wajib mee hoon soto tetapi atas permintaan pakcik2 dan makcik2 (belah emak), mee hoon soto buat pada raya kedua.

Menu di pagi raya


Abah kena kerja raya pertama. Nasib baik ada suami. Kalau tak seperti raya lepas kami2 yang perempuan je yang tinggal. Nasibla dapat adik-beradik semua perempuan. Lepas bermaaf-maafan, kami gerak ke destinasi pertama iaitu di Pekan, Pahang iaitu kampung belah abah. Memang tiap2 tahun adik beradik abah akan berkumpul di Pekan raya pertama walaupun arwah atok da meninggal. Happy bila dapat berkumpul ramai-ramai satu keluarga. 

Keluarga belah abah. Suami tukang snap gambar. gambar pecah sbb da reduce size.

Balik dari Pekan, siap2 bahan buat mee hoon soto untuk raya kedua pulak. Kalau tahun2 lepas saya tukang bulatkan begedil. Tapi tahun ni mak suruh saya buat begedil sbb da pandai buat. Haritu mak rasa begedil saya masa berbuka di Senawang, katanya sedap. Alhamdulillah. Actually senang je buat begedil ni. Tak susah mana pon. Kalau buat sendiri boleh letak banyak2 daging. Buat haritu sbb suami suka makan. Godek2 resepi, tanya resepi mak ngan resepi moksu tros buat. Alhamdulillah tak sangka first try buat da menjadi. 

Begedil dimakan bersama mee hoon soto. Setengah orang letak daun sup 
tapi saya tak letak sbb abah tak suka letak daun sup.


Raya Kedua balik kampung belah emak di Temerloh. Actually adek beradik mak ada 5 orang je..Adek beradik wo (panggilan untuk nenek belah mak) yang ramai. Semua sekali 15 orang, tapi 2 orang da meninggal. Memang tradisi raya kedua adek-beradek belah nenek akan berkumpul di Rumah Besar Kampung Batu Satu termasukla keluarga kami. Kenapa panggil rumah besar? Sbb mmg besar pon rumah tu. 2 tingkat ade banyak bilik. Da habis beraya di Temerloh semua adek beradik mak ke Kuantan. Destinasi? Tentulah di rumah saya. Tempah satu homestay di belakang rumah untuk keluarga makcu and keluarga makngah. Rumah saya kecil tak muat semua keluarga nak tidur. Raya kedua memang tak menang tangan sbb keluarga belah abah pon datang nak makan mee hoon soto emak. Mee hoon soto emak mmg terbaik.  Pernah jugak buat ms sebelum puasa alhamdulillah menjadi tapi nak buat byk2 mmg xmahir lagi lah. Mee hoon soto licin, begedil pon licin. Nasib baik sempat makan pagi tu. Malam tu lepas solat Isyak kami bergambar satu family belah emak. Tiap2 tahun msti ada gambar keluarga sbg kenangan. Tahun ni ada pertambahan ahli keluarga, tahun depan InshaAllah akan ada pertambahan lagi bilangan ahli keluarga Bahari.



Baharian family forever

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin. Tema tahun ni colour block biru pink.








I'm Back!



Assalamualaikum semua.

Wahh! Almost 3 years tak menaip dalam blog. Last post bulan Mei 2011. Lepas tu langsung takde mood nak menaip. Kalau tak masa zaman study dulu pantang ada waktu free update blog je keje, belajar ntah ke mana. Bila tgk2 balik post2 lama, adoii tergelak sorang2 baca. Dengan cara tulis ntah hape2, ayat  tak sedap langsung, malu pon ade baca blog sendiri. Tapi itulah kenangan zaman kegemilangan study dulu. Memang ada niat nak remove je blog ni tapi sayang sbb banyak kenangan bersama kawan2, kenangan masa belajar, so ambil keputusan buang je mana2 post yang tak patut dan kita upgrade je blog ni. Lagipon memang minat berblogging ni dari dulu and suka baca blog2 orang. Yang da lepas tu biarkan ia berlalu dan jadikan ia sbg pengajaran, so kalau korang terbaca post2 lama tu abaikan je la. Itu zaman ketidakmatangan saya. Sekarang InshaAllah saya akan cuba menjadi lebih matang dalam bab-bab penulisan ni.

Start berblogging ni tahun 2009 bila tengok kawan-kawan semua ada blog. Timbul rasa ingin cuba untuk ada blog sendiri. So kalau korang baca post yang bertajuk "my first post" tu, kat situ saya ada introduce sikit2 tentang diri saya. Tapi sila abaikan tulisan yang macam kebudak-budakan itu. Masa tu baru masuk U tapi tahap kematangan tak macam dah masuk U pon. haha.


Dulu-dulu selalu tulis pasal zaman study, cintan cintun, jiwang2, putus cinta, frust menonggeng, dan mcm2 lagi. Tapi sekarang InshaAllah akan lebih post kepada kehidupan bekerjaya, berkeluarga, post2 nasihat untuk dijadikan iktibar dan tauladan bersama. Alhamdulillah sejak berkahwin macam2 perkara saya belajar dan sedikit demi sedikit mematangkan saya untuk menjalani kehidupan berkeluarga. Bersyukur ditemukan dengan seorang suami yang banyak membimbing saya ke jalan yang diredhai Allah SWT, suami yang banyak bersabar dengan kerenah dan ragam seorang isteri, suami yang sangat2 rajin membantu saya dan keluarga, dan yang paling penting sentiasa bersama saya susah dan senang. Syukur Alhamdulillah..


Suami saya dunia akhirat