My Followers...

Wednesday, August 6, 2014

Raya 2014 yang sangat bermakna.



Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah raya tahun ni sangat bermakna dengan kehadiran suami di sisi. Lagi bermakna bila beraya bersama keluarga di Kuantan. Kalau ada keluarga mertua lagi bertambah meriah, bertambah bermakna raya.

Raya pertama selesai menunaikan solat raya, isi perut dengan juadah2 istimewa yang dimasak oleh emak. Antara menu di pagi raya ialah rendang ayam kampung (favourite suami), ketupat palas lemak, kuah kacang, nasi impit dan nasi minyak. Berbeza sikit dengan menu tahun lepas. Kalau tahun lepas raya pertama menu wajib mee hoon soto tetapi atas permintaan pakcik2 dan makcik2 (belah emak), mee hoon soto buat pada raya kedua.

Menu di pagi raya


Abah kena kerja raya pertama. Nasib baik ada suami. Kalau tak seperti raya lepas kami2 yang perempuan je yang tinggal. Nasibla dapat adik-beradik semua perempuan. Lepas bermaaf-maafan, kami gerak ke destinasi pertama iaitu di Pekan, Pahang iaitu kampung belah abah. Memang tiap2 tahun adik beradik abah akan berkumpul di Pekan raya pertama walaupun arwah atok da meninggal. Happy bila dapat berkumpul ramai-ramai satu keluarga. 

Keluarga belah abah. Suami tukang snap gambar. gambar pecah sbb da reduce size.

Balik dari Pekan, siap2 bahan buat mee hoon soto untuk raya kedua pulak. Kalau tahun2 lepas saya tukang bulatkan begedil. Tapi tahun ni mak suruh saya buat begedil sbb da pandai buat. Haritu mak rasa begedil saya masa berbuka di Senawang, katanya sedap. Alhamdulillah. Actually senang je buat begedil ni. Tak susah mana pon. Kalau buat sendiri boleh letak banyak2 daging. Buat haritu sbb suami suka makan. Godek2 resepi, tanya resepi mak ngan resepi moksu tros buat. Alhamdulillah tak sangka first try buat da menjadi. 

Begedil dimakan bersama mee hoon soto. Setengah orang letak daun sup 
tapi saya tak letak sbb abah tak suka letak daun sup.


Raya Kedua balik kampung belah emak di Temerloh. Actually adek beradik mak ada 5 orang je..Adek beradik wo (panggilan untuk nenek belah mak) yang ramai. Semua sekali 15 orang, tapi 2 orang da meninggal. Memang tradisi raya kedua adek-beradek belah nenek akan berkumpul di Rumah Besar Kampung Batu Satu termasukla keluarga kami. Kenapa panggil rumah besar? Sbb mmg besar pon rumah tu. 2 tingkat ade banyak bilik. Da habis beraya di Temerloh semua adek beradik mak ke Kuantan. Destinasi? Tentulah di rumah saya. Tempah satu homestay di belakang rumah untuk keluarga makcu and keluarga makngah. Rumah saya kecil tak muat semua keluarga nak tidur. Raya kedua memang tak menang tangan sbb keluarga belah abah pon datang nak makan mee hoon soto emak. Mee hoon soto emak mmg terbaik.  Pernah jugak buat ms sebelum puasa alhamdulillah menjadi tapi nak buat byk2 mmg xmahir lagi lah. Mee hoon soto licin, begedil pon licin. Nasib baik sempat makan pagi tu. Malam tu lepas solat Isyak kami bergambar satu family belah emak. Tiap2 tahun msti ada gambar keluarga sbg kenangan. Tahun ni ada pertambahan ahli keluarga, tahun depan InshaAllah akan ada pertambahan lagi bilangan ahli keluarga Bahari.



Baharian family forever

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin. Tema tahun ni colour block biru pink.








No comments: