My Followers...

Wednesday, August 6, 2014

Resepi Roti Jala dan Kuah Kari



Assalamualaikum semua.

Kali ni nak share resepi roti jali dan kuah kari yang simple je sebenarnya. Yang penting ada acuan untuk menjala.

Bahan-bahan roti jala:

3 cawang tepung gandum
1 biji telur
1 sudu besar minyak masak
serbuk kunyit
garam secukup rasa
Air 3 cawan (bergantung kepada kepekatan tepung)

Cara-cara:

Blend je kesemua bahan tadi. Kalau terlalu pekat tambah air kalau terlalu cair tambah tepung. Senang kan. Lepas tu sediakan kuali leper sapu2 sikit minyak dan mula menjala. Lepas tu gulung ikut kreativiti masing2.


Bahan-bahan kuah kari:

Ayam (potong kecik2)
Kentang ( 3 biji dipotong dadu)
Serbuk kari ayam (1 paket kecil)
Serbuk kari ikan (1 paket kecil)
Bawang ros (4 biji)
Bawang putih (2 ulas)
Halia (1/2 inci)
Santan (1/2 kilo)
Air
Garam secukup rasa
Gula sedikit

Cara-cara

1. Tumis sehingga garing bawang putih diikuti bawang ros dan halia.
2. Serbuk kari ayam dan serbuk kari ikan dicampur dan masukkan air. Kacau sehingga sebati dan masukkan ke dalam kuali. 
3. Masukkan ayam. dan kacau ksemua bahan-bahan tadi. Tunggu sehingga ayam masak.
4. Masukkan air dan biarkan sehingga mndidih.
5. Masukkan santan. Kalau terlalu pekat tambah air.
6. Masukkan kentang, garam secukup rasa dan sedikit gula dan tunggu sehingga kentang empuk

Boleh dihidangkan untuk santapan petang bersama family. Selamat mencuba.

Roti Jala yang siap dihidang untuk para tetamu.